Link Exchanged

Monday, August 30, 2010


Ibu, mengapa ibu menangis?
Sebab ibu adalah perempuan, nak
Saya tidak mengerti ibu
Nak, kau memang tak akan mengerti
Ayah, mengapa ibu menangis?
Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas
Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalahair mata kehidupan.”

Dipetik daripada Redboy (untuk tatapan).


Sememang seorang lelaki juga berhak untuk menangis dan ia bukanlah sesuatu yg asyik dan selalu dapat kite perhatikan,  tangisannye seorang bukan meruntuhkan darjatnye tp menunjukkan keperibadian  yg halus dan hati yg lembut ia miliki. Keperibadian ini Tidak sama sekali merendahkan darjat seorang lelaki tetapi sebagai insan yang ideal dan mampu menjadikan teladan bagi insan yang melihatnye. Sebab kehalusan dan kelembutan perasaan akan menghasilkan sikap sabar, sedangkan ketegaran dan ketegasan akan menghasilkan sifat benar, sementara sabar dan benar adalah dua pilar yang harus dimiliki oleh laki-laki yang ingin sukses menjalankan fungsi ke-qowam-annya. Ingin dinyatakan disini, airmata bukan hanya dimiliki oleh kaum hawa .Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Lelaki akan terus menangis sekiranya ditimpa musibah keatas diri mereka secara bertubi dan melampau, Dimana ia menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yang terlmpau berat tanggungjawab untuk dipikul.Lelaki juga akan terus menangis pabila terlalu memikirkan kepentingan orang lain namun hatinya sedikit pon tdk diberikan perhatian.Lelaki juga akan terus menangis sekiranya tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang dipegangnya dan sedih melihat org yang paling disayanginya yang turut memikul beban tersebut menyebabkan si lelaki akan terus mengenang nasib dan terusan menangis.Namun Jika laki2 terusan menangis kerana cinta or perempuan , Kepercayaannnya sedikit sebanyak pergi bersama dengan titisan air matanya sekali.

Jangan terlalu lama disimpan tangis kau laki2.Kerna tangis kau tidak terikat langsung dengan isu darjat or maruah kalu benar ia datang dari keperibadian kau yang halus ,jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.Demikinan juga, Tangis dan air mata bukan hanya milik wanita sahaja di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...