Link Exchanged

Friday, May 13, 2011

AMIR TERSINGKIR

Ape pun tak bley

time study merungut sibuk , bila dah habis final boring plak. Cuti dah pun start, kepala dah mula rancang ape nak buat cuti-cuti sem nih. Nak enjoy duit x banyk, nak dating awek jauh plak der, ape pon x bley ! heee

Tepuk kepala tanye diri sendiri

"Ye saya da lame maafkan awak" ,benda lama jangan lagi dikenang .Puit ! tengok baper lame ko bley tahan ?. Pernah dengar statement nih " people changed " . Tapi bile orang cakap saya da berubah , nape susah sangat nak percaye kan. tapi statement nih masih lagi diguna pakai orang sekarang, cuma x berapa nak bley percaye sngat sebab manusia nih dasarnye memang susah nak lupekan something yang betul2 tingalkan kesan mendalam dalam hidup dorang. 



Tiada yang lebih baik 
Ape pon x nampak kan? bese la camera enset hee. Kitorang da tetapkan setiap kali hari jumat . semua roommate wajib melakukan aktiviti- aktiviti berikut. Antaranya , tengok Maharaja Lawak, pastu jalan2 di kawasan danau dan yang terakhir karoake selama sejam dan keatas. Bagi sesiapa yang melanggar peraturan2 diatas maka dia secara automatiknye akan digugurkan daripada menghuni rumah sewa tersebut. hee


p/s : macam x ckup sorang je . mane sorang lagi ? 

Wednesday, March 16, 2011

StudentGagalSebabLecturer?

Patut ke aku wat statement macam nih ? 
Ye sebilangan lecturer adalah terbaik, tapi yang terkecuali bagaimana plak. Kadang2 subjek yang jadi kegemaran korang pun boleh jadi bosan kan kalu lecturer jenis yang tak pandai mengajar nih. Bukan nak cakap kite nih handal lagi bijaksana, tapi kualiti yang di tonjolkan oleh sebilangan guru/lecturtr zaman skang makin sedikit.

Alkisah, class petang betol2 menguji kesabaran aku habis-habisan. Seelok-eloknye ak duduk barisan hadapan sekali untuk mengelakkan daripada tak dengar ape yang lecturer cakap. Tapi yang berlaku sebaliknye, makin kuyup bunyi lagi adela. Pernah seorang student dengan berani menegur lecturer dengan cara yang sopan la, respon die " This is my style, my voice is always this small " (-_-") apekah ?

Alkisah , name pon lecturer kan.Macam-macam style mengajar pon ade, tapi kalu rasenye petah lagi ckap melayu, better teruskan daripada teruskan ckap english yang sepatah haram pon student x dapat tangkap camne? Poning pale gak diwatnye . Banyak lagi cara nak perbaiki cara mengajar (-_-") Apekah ?

Well,nobody's perfect kan. Tak salah berkongsi ,maybe pandangan korang berbeza.Ape gune pangkat tinggi2 tapi communication skill kureng kan.
nak dijadikan cerita, arini dpat result test teruk.Emosi terganggu, carik kesalahan orang lain (-_-") hahahaha

Friday, February 4, 2011

NiHaoma

Dipendekkan Cerita

2011 sekadar angka atau memang tahun bertuah bagi korang ?
Ku sangkakan tahun ni tahun bertuah, tapi same je dengan tahun2 sebelumnye. Mungkin lebih baik sedikit daripada dulu, Sedikit pembaharuan daripada kesilapan dulu membuatkan aku rase lega. 

 Why love if its hurt ?
Karut la bercintan-cintan nih. Keras statement nih (-_-"), watpe bercinta kan kalu menyakitkan hati .Tapi orang tetap mahu bercinta . Kenape , jangan dipersoalkan sebab bercinta sekarang ni da bertukar menjadi trendy .You single ? tak up 2 date la you nih. macam 2 ?

Kenape la kau baik sangat (-_-")
Biar orang berniat tak baik dengan kita, asalkan kite buat baik dengan orang disekeliling kita. Ada betol ka ?. tapi boleh pegang ke statement nih. Kenape nak biarkan orang buat bnda macam tu dengan kite. Sape bley tahan.



Finally terima kasih MARA
Susah betul nak focus pada study nih bile asyik memikirkan soal budget nih. Mane ade bnda free zaman skang nih. Aku da serik dah study macam tu, nekad aku bia bnda lain melepas tapi MARA jangan kau pergi jejauh ye.Asalkan aku dapat study dengan aman.Duit memang segala-galanye, 100% kebenaran.Sape bley tahan , nak wat pape pun terbatas, nak wat keje pon pakai duit jugak. Tanx also to FAMA bcoz banyak support aku, kalu tak mane nak kutip balik semangat2 blaja aku yang da lama hilang sbenarnye.

Saye syok sendiri
Blog nih bagi aku memang tempat syok sendiri. haha  Menaip pon da menjadi satu kepuasan . Tiap kali ade masalah je update blog. Kene tukar persepsi nih, Maybe aku tak nampak lagi faedah blogging2 nih. Kalu blog2 nih ade video call kan Asyuk gitu (-_^) Memang tak dinafikan, tersenyum smpai ke telinga bile ade comment masuk. Ade jugak orang yang sudi berkongsi. Tanx guys !

p/s: Da macam amik award plak entry nih. Out !


Thursday, February 3, 2011

SyokSendiri.ORG

Perhatian .....dengar tak ?
Masih tak dengar ?
Kenape tak dengar ?
"Suara" tak cukup frequency ?
Masih tak jelas lagi ?
Dulu jelas ,kenape tak sekarang ?
Sebab da lame sangat ?
Cuba awak Cakap pulak ?
kenape saya pun x dengar jugak ?
Jangan mara tau, frequency x tinggi kot ?
Gurau jela, awak betul-betul marah ? 
Saya x sampai hati nak buat macam tu,awak ?

Wednesday, January 5, 2011

TolongLaBang

Aku ske letak gmba yg x de kene mengene
Korang ingat polis zaman skang nih smue baik-baik ? Kalu dulu ye ak pon percaya, tapi bile kena kat muke sendiri baru aku ubah pendirian aku.

Smalam aku ditahan atas kesalahan Lesen memandu aku sudah tamat tempoh perkhidmatannya. Tapi sejujurnya aku nyatakan bahawa ak tak ingat langsung perkara ini.

Tapi macam biasa la, kene jadi anak wayang dulu kasi lepas duit poket kite kan. Kalu abang polis tak bagi, kite pon redha jela terime surat cinta kan.

Tapi yang ak x bley terimanya ialah, Riak muke polis tu bile die cakap "korang nak ak lepaskan korang macam mane nih ?"

Aku pon cakap la " x kesa la bang, tapi janji saya mmg  esok pagi direct saya renew lesen saya, bcoz uma saya pon depan 2 je bang "

Die terdiam, mengulangi soalan yang same pada aku, sambil menunggu jawapan dari aku.Time 2 je ak terus tersedar yang sememangnya bukan alasan yang die nak , tapi RM$$ .


Skali lagi aku bertanye " Saya nak settlekan mcm mane nih bang ? kalu duit2 saya mmg x de skang nih". Niat aku untuk mengalih perhatian die daripada mintak duit.

" Korang bagi ak RM100 jela ,coz kalu aku kuar surat saman nih.Melayang 300 korang "


p/s : Betul juga abang polis nih.Tapi perlukah ak bagi ?







Tuesday, January 4, 2011

ManusiaBertopengkanSyaitan


PELIK TAPI BENAR, 2011 itu hanya sekadar angka . Pembangunan dunia dan negara sentiasa dijulang tinggi ,tapi yang kurang enaknye. Terdapat sesetengah daripada rakyat kite yang pemikirannye masih lagi di era 19XX . Masih lagi mengunakan ilmu-ilmu syaitan hanya untuk memuaskan kehendak sendiri, mengagung-agungkan kepercayaan karut dan menyembah sesuatu yang sememangnye menyesatkan.

Gamba Hiasan je
Beberapa jam yang lepas, kawan saya sempat menceritakan nasib kakak saudaranya yang meninggal dunia akibat daripada buatan manusia yang bertopengkan syaitan. Betapa peritnye bagi die untuk menahan kesakitan angkara teman lelakinya gara-gara cintanya ditolak. Namun apakn daya, tuhan lebih menyayangi beliau. Keadaannya terlalu kritikal hinggakan sedih untuk melihat die menahan kesakitannya itu.


Buat Jahat biarlah berpada-pada, tak perlulah sehingga mengadaikan nyawa manusia lain. Cukup lah sekadar memberi pengajaran.  Siapalah kita untuk menghukum insan lain .

Saturday, December 25, 2010

Antara Dua Darjat

                   Kurang Bijak Katenye
TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.
Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami

.

JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya.

Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya. Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebelum mengambil keputusan kahwin lari di Thailand kerana keluarga terutama ayah tidak menerima calon pilihan hatinya sebagai menantu.

Sejak itu saya dibuang keluarga apabila SMS dan panggilan telefon saya tidak dibalas. Masalah makin teruk apabila ayah mencampuri urusan rumah tangga dan mengadu perkara tidak elok kepada pengetua sekolah tempat saya mengajar.
Saya ingatkan campur tangan pihak sekolah membantu meleraikan kekusutan itu, tetapi menjadi lebih teruk apabila ada kakitangan sekolah menjadi sebagai mata dan telinga melaporkan kepada keluarga mengenai tindak tanduk saya.
Saya pernah dihalang daripada berjumpa suami selama sebulan dan ayah memaksa saya membaca nota mendakwa suami memukau, memukul dan mengancam keselamatan saya ketika berada di balai polis,” katanya.

Kata Nurul, bapanya menolak hasrat mereka berkahwin disebabkan perbezaan latar belakang pendidikan suami yang memiliki STPM sedangkan dia berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hubungan kami ditolak kerana saya anak sulung dan bapa berharap saya bertemu jodoh dengan pilihan hati mereka berbanding suami yang mempunyai STPM dan bekerja sendiri,” katanya.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Daim berkata, walaupun mendapat tentangan keras daripada bapa mentua, dia berusaha mencari jalan perdamaian, namun dibalas dengan cubaan memisahkannya dengan isteri.
“Bapa mentua pernah memfailkan perintah kami berpisah di mahkamah syariah berdasarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh isteri sebelum ini.

Saya mengambil keputusan mendaftarkan perkahwinan secara sah di Mahkamah Tinggi Syariah Johor sebelum perintah mahkamah sama menyatakan perkahwinan kami sah pada 30 November 2010,” katanya.
Saya dan keluarga sanggup datang ke rumah mentua tetapi kedatangan kami tidak disambut kerana mereka enggan membuka pintu rumah,” katanya.

Daim berkata, usaha memisahkan mereka tidak setakat itu saja apabila bapa mentuanya turut memohon pertukaran tempat mengajar isterinya ke sebuah sekolah di utara Semenanjung.

Berbekalkan lima laporan polis berkenaan bapa mentua melakukan permohonan pemindahan isteri untuk bertugas di Pulau Pinang dan bertemu dengan pelbagai pihak mencapai hajatnya.

Saya menghantar surat kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kementerian Pelajaran di Putrajaya serta permohonan secara on-line di laman web kementerian bagi membatalkan pertukaran terbabit.

Namun, permohonan itu ditolak dengan surat mengarahkan isteri saya mendaftarkan diri di negeri itu pada 1 Januari 2011.

Kini, kami buntu dan tidak tahu ke mana lagi tempat mengadu. Kami tertekan dengan masalah ini,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...