Link Exchanged

Wednesday, January 5, 2011

TolongLaBang

Aku ske letak gmba yg x de kene mengene
Korang ingat polis zaman skang nih smue baik-baik ? Kalu dulu ye ak pon percaya, tapi bile kena kat muke sendiri baru aku ubah pendirian aku.

Smalam aku ditahan atas kesalahan Lesen memandu aku sudah tamat tempoh perkhidmatannya. Tapi sejujurnya aku nyatakan bahawa ak tak ingat langsung perkara ini.

Tapi macam biasa la, kene jadi anak wayang dulu kasi lepas duit poket kite kan. Kalu abang polis tak bagi, kite pon redha jela terime surat cinta kan.

Tapi yang ak x bley terimanya ialah, Riak muke polis tu bile die cakap "korang nak ak lepaskan korang macam mane nih ?"

Aku pon cakap la " x kesa la bang, tapi janji saya mmg  esok pagi direct saya renew lesen saya, bcoz uma saya pon depan 2 je bang "

Die terdiam, mengulangi soalan yang same pada aku, sambil menunggu jawapan dari aku.Time 2 je ak terus tersedar yang sememangnya bukan alasan yang die nak , tapi RM$$ .


Skali lagi aku bertanye " Saya nak settlekan mcm mane nih bang ? kalu duit2 saya mmg x de skang nih". Niat aku untuk mengalih perhatian die daripada mintak duit.

" Korang bagi ak RM100 jela ,coz kalu aku kuar surat saman nih.Melayang 300 korang "


p/s : Betul juga abang polis nih.Tapi perlukah ak bagi ?







Tuesday, January 4, 2011

ManusiaBertopengkanSyaitan


PELIK TAPI BENAR, 2011 itu hanya sekadar angka . Pembangunan dunia dan negara sentiasa dijulang tinggi ,tapi yang kurang enaknye. Terdapat sesetengah daripada rakyat kite yang pemikirannye masih lagi di era 19XX . Masih lagi mengunakan ilmu-ilmu syaitan hanya untuk memuaskan kehendak sendiri, mengagung-agungkan kepercayaan karut dan menyembah sesuatu yang sememangnye menyesatkan.

Gamba Hiasan je
Beberapa jam yang lepas, kawan saya sempat menceritakan nasib kakak saudaranya yang meninggal dunia akibat daripada buatan manusia yang bertopengkan syaitan. Betapa peritnye bagi die untuk menahan kesakitan angkara teman lelakinya gara-gara cintanya ditolak. Namun apakn daya, tuhan lebih menyayangi beliau. Keadaannya terlalu kritikal hinggakan sedih untuk melihat die menahan kesakitannya itu.


Buat Jahat biarlah berpada-pada, tak perlulah sehingga mengadaikan nyawa manusia lain. Cukup lah sekadar memberi pengajaran.  Siapalah kita untuk menghukum insan lain .

Saturday, December 25, 2010

Antara Dua Darjat

                   Kurang Bijak Katenye
TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.
Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami

.

JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya.

Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya. Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebelum mengambil keputusan kahwin lari di Thailand kerana keluarga terutama ayah tidak menerima calon pilihan hatinya sebagai menantu.

Sejak itu saya dibuang keluarga apabila SMS dan panggilan telefon saya tidak dibalas. Masalah makin teruk apabila ayah mencampuri urusan rumah tangga dan mengadu perkara tidak elok kepada pengetua sekolah tempat saya mengajar.
Saya ingatkan campur tangan pihak sekolah membantu meleraikan kekusutan itu, tetapi menjadi lebih teruk apabila ada kakitangan sekolah menjadi sebagai mata dan telinga melaporkan kepada keluarga mengenai tindak tanduk saya.
Saya pernah dihalang daripada berjumpa suami selama sebulan dan ayah memaksa saya membaca nota mendakwa suami memukau, memukul dan mengancam keselamatan saya ketika berada di balai polis,” katanya.

Kata Nurul, bapanya menolak hasrat mereka berkahwin disebabkan perbezaan latar belakang pendidikan suami yang memiliki STPM sedangkan dia berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hubungan kami ditolak kerana saya anak sulung dan bapa berharap saya bertemu jodoh dengan pilihan hati mereka berbanding suami yang mempunyai STPM dan bekerja sendiri,” katanya.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Daim berkata, walaupun mendapat tentangan keras daripada bapa mentua, dia berusaha mencari jalan perdamaian, namun dibalas dengan cubaan memisahkannya dengan isteri.
“Bapa mentua pernah memfailkan perintah kami berpisah di mahkamah syariah berdasarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh isteri sebelum ini.

Saya mengambil keputusan mendaftarkan perkahwinan secara sah di Mahkamah Tinggi Syariah Johor sebelum perintah mahkamah sama menyatakan perkahwinan kami sah pada 30 November 2010,” katanya.
Saya dan keluarga sanggup datang ke rumah mentua tetapi kedatangan kami tidak disambut kerana mereka enggan membuka pintu rumah,” katanya.

Daim berkata, usaha memisahkan mereka tidak setakat itu saja apabila bapa mentuanya turut memohon pertukaran tempat mengajar isterinya ke sebuah sekolah di utara Semenanjung.

Berbekalkan lima laporan polis berkenaan bapa mentua melakukan permohonan pemindahan isteri untuk bertugas di Pulau Pinang dan bertemu dengan pelbagai pihak mencapai hajatnya.

Saya menghantar surat kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kementerian Pelajaran di Putrajaya serta permohonan secara on-line di laman web kementerian bagi membatalkan pertukaran terbabit.

Namun, permohonan itu ditolak dengan surat mengarahkan isteri saya mendaftarkan diri di negeri itu pada 1 Januari 2011.

Kini, kami buntu dan tidak tahu ke mana lagi tempat mengadu. Kami tertekan dengan masalah ini,” katanya

Tuesday, December 7, 2010

RIchie rich


Carlos Slim Helu
-53.5 billion-
Bill Gate
-53 billion-









Alangkah indahnye jika kita lahir berlatar belakangkan keluarga yang sangat kaya. Tapi tak akan kite hndak menyalahkan ibu yang mengandung kan.Tapi disini ingin dinyatakan carta manusia yang terkaya didunia. Adakah mereka kaya kerana sememangnye mereka kaya ?. Tapi mereka ini kaya kerana idea mereka yang terlebih dahulu ditunaskan lalu diguna pakai oleh masyarakat kita pada masa kini. Bill gate kini menduduki tangga yang kedua didahului oleh Carlos Slim Helu pemilik syarikat telecom yang telah diusahakan semenjak 1990 lagi..

Senyum je diorang kang , tapi dalam kepala masing- masing bnyk masalah tu (^_^)

Thursday, December 2, 2010

SyokSendiri.ORG


(-_-")   Zassss!!..Entry kali ini ditujukan khas bagi mereka yang romantis-romantis dan tangkap cintan .Bile terbace sahaja entry ini jangan disangka aku bermasalah, tapi sekadar membuang tidur ak sebab sememangnye ak tak boleh lelap dan tak ade keje lain.Jadi jangan disangka ada kene mengene dengan kehidupan aku paham..

(o_0)?  Rakan-rakan dan taulan sekalian, Anda sedarkah bahawa dunia ini boolat..Mesti korang masih tak tahu kan. haha menandakan IQ korang dibawah paras paranormal...

(-_-)!!   Perhatian , sedia maklum adakah tahun 2011 memberi apa-apa makna kepada anda . Bagi aku, sememangnya sangat-sangat bermakna .Kerana 2010 bnyak menduga kesabaran aku. Satu persatu masalah sentiasa datang. Alhamdulillah, setiap persatu ak mampu hadapi dengan tenang. Mudah-mudahan 2011 dimurahkan lagi rezeki ...


Tuesday, November 30, 2010


Di Taip dengan jayanya oleh
A.Amat Said
post ngarut2


Wednesday, November 24, 2010

Rez'qi

RezekiSapeTahu

Bile disebut sahaja rezeki , sememangnya adalah ketentuan ilahi. Kita x kan tahu samaada rezeki nanti melimpah ruah ataupun sekadar cukup untuk menjalankan kehidupan normal dan melepas daripada menikmati kemewahan duniawi ini. 

Tapi yang hendak dijadikan ceritanya ,mak aku bilang rezeki ak sememangnye liat, Terpulang samaada ko kuat ke tidak nak menghadap semua ni .Andai kata ko mampu, insyaallah Tuhan bagi pulangan yang  setimpal dengan kesabaran yang kau lemparkan. Betul2 mendalam ayat mak aku nih, smpaikan ak x henti2 memikirkan perkara yang seterusnya.Memikirkan aku yang masih dalam status pelajar kolej dan masih lagi menunggu untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak kerajaa n untuk menampung pembelajaran aku. Haruskah ak mencari kerja ataupun mencapai impian ? 

Semestinye ak berkeinginan untuk mendapatkan kerja yang kukuh dan memiliki aset2 ku tersendiri. Tapi bolehkah ak bersabar ? sedangkan rakan-rakanku kini sudahpun berkerjaya dan mampu untuk memandu kereta mereka sendiri walaupun kereta "SecondHand". Aku sentiasa diberi pilihan , keluarga aku sememangnye tidak pernah memaksa aku melakukan perkara yang aku tak ingini.

Aku nekad bersabar, berfikir diparas normal , bertindak atas arahan kewarasan akal. Rezeki mereka barangkali datang menyingah lebih awal, dan ak barangkali berada didlam senarai menunggu. Aku tidak pernah ragu2 diatas layanan yang Allah berikan pada umatnya , ak percaya setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas akan dijadikan sandaran kejayaan mereka akan datang. Manakan Rezeki bisa jatuh dari langit kalu sendiri tidak pernah berusaha .

Perempuan, kami tahu kamu mahukan seseorang yang mampu untuk memberikan kasih sayang ,menjaga dan menyara hidup kamu. Tapi Harus kamu sedar ,jangan sesekali kamu lupuskan senyuman kamu sehingga luntur semngat kami untukmu, jangan kau pudarkan senyumanmu sehingga kami hilang kepercayaan kepadamu, dan jangan sesekali dikau berpaling senyuman mu kepadaku andai ak melakukan sekecil2 kesilapan didalam membentuk kehidupanku untuk kamu.Kerna senyumanmu adalah segala-gala bagi kami. Andai kemewahan yang kamu pinta buat masa ini ,mmg jauh sekali untuk dikabulkan.Terlalu bnyak lagi untuk dikejar dan terlalu banyak lagi untuk kami kecapi. Kerana hanya pada kamu yang setia akan kami curahkan segala-galanya kelak bila kami berjaya. 


Bagi yang sedang bekerja, cemburu dengan orang yang berjawatan lebih tinggi dan mempunyai kelulusan yang juga lebih tinggi, bagi yang sedang belajar cemburu dengan orang yang sudahpun bekerja kerna sudah mempunyai pendapatan sendiri, bagi yang lepasan graduan diploma pening memikirkan samaada mahu bekerja ataupun terus belajar ?. Bagi menggangur pula sakit kepale memikirkan kerja yang tak pernah lekat tiap kali interview, rezeki korang pon liat gak ke
(-_-")?.


Sedar atau tidak, kehidupan seorang manusia di’Malaysia secara amnya telah dirancang sejak kecil sehinggalah mereka keluar sebagai graduan. Kita di’suruh untuk masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi atau STPM, kemudian sebagai destinasi terakhir, universiti. Sekurang-kurang’nya, 23 tahun hidup kita di’atur oleh sistem masyarakat yang mahukan seseorang itu mempunyai kelayakan yang baik. Tiada apa yang salah dengan sistem ini kerana aku sendiri lalui semua’nya dan masih hidup & bernafas hebat.


Dan, apabila tiba masa kita melangkah keluar, kita sebenarnya harus mengatur hidup sendiri & tidak lagi bergantung kepada tuntutan sosial yang mahukan kita bergaji besar & berjawatan tinggi. Pemikiran yang di’tanam ke’dalam masyarakat hari ini sangat dasyat. Jika kau tidak mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi, kau tergolong dalam kalangan mereka yang tidak berjaya. Kita kena ubah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...